Tanggal 17 September 2022 menjadi saksi mengenai percutian penulis bersama rakan-rakannya ke bumi Terengganu Darul Iman. Kami semua memilih sebuah pulau yang tidak asing lagi di Terengganu, iaitu Pulau Perhentian. Pada awalnya, kami bercadang untuk bercuti di kawasan yang berbukit-bukau. Akhirnya, kami berpakat memilih Pulau Perhentian sebagai destinasi pilihan untuk menenangkan fikiran daripada keserabutan otak yang melanda. Bak kata omputeh, ' healing ' katanya. Percutian ini selama 3 hari dan 2 malam di Pulau Perhentian tersebut. Pakej yang kami ambil begitu murah, kurang daripada RM500. Alhamdulillah, berpatutanlah harganya. Maklumlah, penulis belum bekerja. Jadi, hendak mengumpul RM500 itu pun macam nak gila sudah. Tapi Alhamdulillah, Allah Maha Pemurah. Dia beri kesempatan kepada penulis untuk melancong bersama rakan-rakan menikmati keindahan ciptaan-Nya. Begitu sayang dan kasihnya Allah terhadap hamba-hambaNya. Hari Pertama: Kami tiba di Pulau Perhentian pada jam 1.50 pe