Suka Duka Semester 3

Syukur kepada Allah SWT kerana mengizinkan penulis untuk terus hidup dan menimba ilmu sebanyak mungkin selagi nyawa ini dikandung badan. Alhamdulillah, perjalanan penulis pada semester 3 di UPM ini telah sampai kepenghujungnya. Jutaan terima kasih kepada semua pensyarah yang telah menabur bakti dan mencurahkan ilmu kepada penulis. Tidak dilupakan juga, penulis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan seperjuangan yang sentiasa ada di kala waktu suka dan duka penulis sepanjang semester 3 ini berlangsung. 
Jika diimbas kembali, begitu banyak kenangan yang terlakar sepanjang 14 minggu ketka menjalani semester 3 di UPM, antaranya ialah pementasan drama, pementasan teater, dan banyak lagi. Walau pun agak mencabar untuk menjayakan pementasan tersebut, penulis amat berbangga pada diri sendiri kerana penulis telah melakukan sesuatu yang baru, yang sebelum ini tidak pernah dilakukan sepanjang 22 tahun penulis hidup. 

Pementasan Drama Alang Perkasa

Pementasan Teater Wanita Bitara

Jejaka Sastera

Akhir kata, penulis ingin memohon kemaafan jika ada tersalah bicara, tersinggung hati dengan kata-kata dan perbuatan penulis sepanjang 14 minggu itu berlangsung. Jika ada, ampunkanlah penulis kerana penulis juga insan biasa, tidak terlepas daripada salah silap. Penulis mendoakan agar dipermudahkan urusan rakan seperjuangan yang menduduki Kursus Sastera Kesusasteraan Melayu dengan Kepujian ketika menjawab peperiksaan akhir yang semakin menghampiri kita. 

Assalamualaikum, dan terima kasih.

Yang Benar,
Nukilan Sukma.

Comments

Popular posts from this blog

Warisan Budaya: Kemeriahan Festival Pesta Padi Pulau Pinang 4.0