Mengulit Kenangan: Kejayaan dalam SUKOL 2022



Universiti Putra Malaysia (UPM) sentiasa mengadakan pertandingan Sukan Kolej, atau lebih dikenali sebagai SUKOL pada setiap tahun. Antara sukan yang dipertandingkan ialah futsal, badminton, bola sepak, dan lain-lain. Kejohanan ini diadakan adalah untuk memastikan para pelajar melibatkan diri dalam sukan yang diminatinya. 

Penulis tidak terlepas untuk melibatkan diri dalam kejohanan pada tahun 2022 ini untuk pertama kali dalam hidupnya. Lebih manis lagi, penulis bersama dengan rakan sepasukan ketika mewakili KOLEJ 14 berjaya memperoleh johan bagi acara badminton lelaki dan mendapat ketiga dalam acara futsal lelaki. 

Berikut merupakan beberapa foto yang sempat dirakam ketika memperoleh kejayaan:

Juara Badminton Lelaki

Tempat Ketiga Futsal Lelaki

Bagi penulis, peluang untuk mewakili KOLEJ 14 merupakan satu kenangan manis yang tidak akan dilupakan. Hal ini kerana, bukan senang untuk terpilih kerana banyak sesi pemilihan dilakukan sebelum dapat diserap masuk ke dalam skuad utama. Oleh hal itu, bagi memastikan diri ini dapat menyumbang sesuatu kepada kolej, penulis memberikan segala-galanya untuk memastikan dirinya mendapat tempat dalam sukan yang diceburuinya.

Kejayaan ini semakin meningkatkan api semangat buat penulis untuk terus melibatkan diri dalam SUKOL. Selain itu, penulis juga berharap agar penglibatan dan kejayaan yang diperoleh ini akan mengharumkan lagi nama KOLEJ 14 di UPM.

Akhir kata, penulis berharap agar pertandingan sukan sebegini terus diadakan di UPM agar pelajar-pelajar bergiat aktif dalam acara yang dipertandingkan.


Comments

Popular posts from this blog

Warisan Budaya: Kemeriahan Festival Pesta Padi Pulau Pinang 4.0

Pulau Perhentian: Anugerah Teragung dari Allah SWT