Warisan Budaya: Kemeriahan Festival Pesta Padi Pulau Pinang 4.0
Pulau Mutiara, Pulau Pinang sekali lagi menarik perhatian negara apabila menganjurkan Festival Pesta Padi 4.0. Pesta ini dijalankan di sebuah kampung yang agak terpencil, iaitu Kampung Terus di Pulau Pinang. 22 Julai 2022 menjadi saksi pesta ini kembali dihidupkan selepas ditunda selama 2 tahun ekoran wabak Covid-19 yang melanda semua negara. Sebelum ini juga, Pulau Pinang telah mengadakan pesta padi ini. Namun begitu, sambutan daripada pengunjung tidaklah sehebat mana. Tetapi, dengan inovasi yang dibawa oleh penganjur, pesta ini berjaya menarik perhatian pengunjung dari setiap negeri di Malaysia. Penulis menjadi saksi lambakan pengunjung yang membanjiri Kampung Terus dari 22 hingga 24 Julai 2022. Apa yang menarik di Pesta Padi 4.0 ini? Pesta padi ini mengetengahkan konsep tradisional kepada pengunjung. Antara perkara yang menarik di pesta ini ialah mengadakan acara permainan tradisional seperti memakai kain pelikat ketika bermain bola sepak dalam sawah padi, menangkap ikan dalam saw
Comments
Post a Comment