Drama Alang Perkasa: Pengalaman Pertama dalam Dunia Lakonan

Kursus BBK3309, iaitu subjek Drama Melayu yang dikendalikan oleh seorang pensyarah yang berwibawa, iaitu Prof. Madya Dr. Kamariah binti Kamarudin menuntut para pelajar melaksanakan satu pementasan drama bagi memenuhi tuntutan kursus tersebut. Oleh hal itu, para pelajar dengan sebulat suara memilih teks drama Alang Perkasa karya S.M Noor sebagai bahan untuk digunakan dalam pementasan tersebut. 

9 Januari 2023 

Tanggal ini menjadi saksi kepada para pelajar Bacelor Sastera Kesusasteraan Melayu dengan Kepujian yang menduduki Tahun 2 mementaskan drama Alang Perkasa, karya S.M Noor.

Penulis secara jujurnya menyifatkan bahawa pementasan Drama Alang Perkasa merupakan satu cabaran yang agak sukar kepadanya. Hal ini kerana, penulis sebelum ini tidak didedahkan dan tidak mempunyai sebarang asas dalam lakonan. Disebabkan itu, penulis berhadapan dengan cabaran yang agak besar dalam membawa salah satu watak yang terdapat dalam Drama Alang Perkasa. 

Pada awalnya, penulis hendak menolak pelawaan yang memintanya membawa satu watak yang terdapat dalam drama tersebut. Namun begitu, desakan tersebut menyebabkan penulis mula menerimanya dengan hati yang terbuka. Walau pun pada awalnya penulis agak kesulitan untuk melontarkan dialog oleh watak tersebut, penulis diberkahi dengan bantuan daripada rakan-rakan seperjuangan. Alhamdulillah, syukur kepada Allah, penulis berjaya membawa watak itu dengan baik. Malah, kesemua pelakon yang terlibat dengan pementasan drama ini juga melakonkan dengan penuh penghayatan. Tidak lupa juga kepada barisan di belakang tabir yang berusaha dalam menjayakan drama pentas ini serta pensyarah yang memberi tunjuk ajar kepada kami.


Barisan Pelajar Kursus Drama Melayu dan Pensyarah

Penulis merasakan bahawa pengalaman pertama dalam dunia lakonan ini merupakan satu pengalaman yang amat menyeronokkan. Moga di masa akan datang, penulis dapat berpeluang lagi untuk memegang watak dalam cerita seterusnya.


Comments

Popular posts from this blog

Warisan Budaya: Kemeriahan Festival Pesta Padi Pulau Pinang 4.0

Suka Duka Semester 3