Posts

Showing posts from January, 2023

Suka Duka Semester 3

Image
Syukur kepada Allah SWT kerana mengizinkan penulis untuk terus hidup dan menimba ilmu sebanyak mungkin selagi nyawa ini dikandung badan. Alhamdulillah, perjalanan penulis pada semester 3 di UPM ini telah sampai kepenghujungnya. Jutaan terima kasih kepada semua pensyarah yang telah menabur bakti dan mencurahkan ilmu kepada penulis. Tidak dilupakan juga, penulis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan seperjuangan yang sentiasa ada di kala waktu suka dan duka penulis sepanjang semester 3 ini berlangsung.  Jika diimbas kembali, begitu banyak kenangan yang terlakar sepanjang 14 minggu ketka menjalani semester 3 di UPM, antaranya ialah pementasan drama, pementasan teater, dan banyak lagi. Walau pun agak mencabar untuk menjayakan pementasan tersebut, penulis amat berbangga pada diri sendiri kerana penulis telah melakukan sesuatu yang baru, yang sebelum ini tidak pernah dilakukan sepanjang 22 tahun penulis hidup.  Pementasan Drama Alang Perkasa Pementasan Teater Wanita Bitara

Pulau Perhentian: Anugerah Teragung dari Allah SWT

Image
Tanggal 17 September 2022 menjadi saksi mengenai percutian penulis bersama rakan-rakannya ke bumi Terengganu Darul Iman. Kami semua memilih sebuah pulau yang tidak asing lagi di Terengganu, iaitu Pulau Perhentian. Pada awalnya, kami bercadang untuk bercuti di kawasan yang berbukit-bukau. Akhirnya, kami berpakat memilih Pulau Perhentian sebagai destinasi pilihan untuk menenangkan fikiran daripada keserabutan otak yang melanda. Bak kata omputeh, ' healing ' katanya. Percutian ini selama 3 hari dan 2 malam di Pulau Perhentian tersebut. Pakej yang kami ambil begitu murah, kurang daripada RM500. Alhamdulillah, berpatutanlah harganya. Maklumlah, penulis belum bekerja. Jadi, hendak mengumpul RM500 itu pun macam nak gila sudah. Tapi Alhamdulillah, Allah Maha Pemurah. Dia beri kesempatan kepada penulis untuk melancong bersama rakan-rakan menikmati keindahan ciptaan-Nya. Begitu sayang dan kasihnya Allah terhadap hamba-hambaNya. Hari Pertama: Kami tiba di Pulau Perhentian pada jam 1.50 pe

Drama Alang Perkasa: Pengalaman Pertama dalam Dunia Lakonan

Image
Kursus BBK3309, iaitu subjek Drama Melayu yang dikendalikan oleh seorang pensyarah yang berwibawa, iaitu Prof. Madya Dr. Kamariah binti Kamarudin menuntut para pelajar melaksanakan satu pementasan drama bagi memenuhi tuntutan kursus tersebut. Oleh hal itu, para pelajar dengan sebulat suara memilih teks drama Alang Perkasa karya S.M Noor sebagai bahan untuk digunakan dalam pementasan tersebut.  9 Januari 2023  Tanggal ini menjadi saksi kepada para pelajar Bacelor Sastera Kesusasteraan Melayu dengan Kepujian yang menduduki Tahun 2 mementaskan drama Alang Perkasa, karya S.M Noor. Penulis secara jujurnya menyifatkan bahawa pementasan Drama Alang Perkasa merupakan satu cabaran yang agak sukar kepadanya. Hal ini kerana, penulis sebelum ini tidak didedahkan dan tidak mempunyai sebarang asas dalam lakonan. Disebabkan itu, penulis berhadapan dengan cabaran yang agak besar dalam membawa salah satu watak yang terdapat dalam Drama Alang Perkasa.  Pada awalnya, penulis hendak menolak pelawaan yang

Mengulit Kenangan: Kejayaan dalam SUKOL 2022

Image
Universiti Putra Malaysia (UPM) sentiasa mengadakan pertandingan Sukan Kolej, atau lebih dikenali sebagai SUKOL pada setiap tahun. Antara sukan yang dipertandingkan ialah futsal, badminton, bola sepak, dan lain-lain. Kejohanan ini diadakan adalah untuk memastikan para pelajar melibatkan diri dalam sukan yang diminatinya.  Penulis tidak terlepas untuk melibatkan diri dalam kejohanan pada tahun 2022 ini untuk pertama kali dalam hidupnya. Lebih manis lagi, penulis bersama dengan rakan sepasukan ketika mewakili KOLEJ 14 berjaya memperoleh johan bagi acara badminton lelaki dan mendapat ketiga dalam acara futsal lelaki.  Berikut merupakan beberapa foto yang sempat dirakam ketika memperoleh kejayaan: Juara Badminton Lelaki Tempat Ketiga Futsal Lelaki Bagi penulis, peluang untuk mewakili KOLEJ 14 merupakan satu kenangan manis yang tidak akan dilupakan. Hal ini kerana, bukan senang untuk terpilih kerana banyak sesi pemilihan dilakukan sebelum dapat diserap masuk ke dalam skuad utama. Oleh hal i

Warisan Budaya: Kemeriahan Festival Pesta Padi Pulau Pinang 4.0

Image
Pulau Mutiara, Pulau Pinang sekali lagi menarik perhatian negara apabila menganjurkan Festival Pesta Padi 4.0. Pesta ini dijalankan di sebuah kampung yang agak terpencil, iaitu Kampung Terus di Pulau Pinang. 22 Julai 2022 menjadi saksi pesta ini kembali dihidupkan selepas ditunda selama 2 tahun ekoran wabak Covid-19 yang melanda semua negara.  Sebelum ini juga, Pulau Pinang telah mengadakan pesta padi ini. Namun begitu, sambutan daripada pengunjung tidaklah sehebat mana. Tetapi, dengan inovasi yang dibawa oleh penganjur, pesta ini berjaya menarik perhatian pengunjung dari setiap negeri di Malaysia. Penulis menjadi saksi lambakan pengunjung yang membanjiri Kampung Terus dari 22 hingga 24 Julai 2022.  Apa yang menarik di Pesta Padi 4.0 ini? Pesta padi ini mengetengahkan konsep tradisional kepada pengunjung. Antara perkara yang menarik di pesta ini ialah mengadakan acara permainan tradisional seperti memakai kain pelikat ketika bermain bola sepak dalam sawah padi, menangkap ikan dalam saw